Pages

Sunday 17 February 2013

andai islam mampu bersuara

Andai Islam mampu bersuara.. pasti sumpahannya adalah pada kita, ummat yang tak pernah ada kesedaran..mereka musuh di luar sana bukanlah hebat kerana mereka kuat, tetapi mereka kuat kerana kita yang pengecut..mereka kuat kerana kita bersikap tidak endah, mereka kuat kerana sikap kita yang makin hilang maruah..semakin lemah...dan semakin jauh dari ajaran sebenar Islam..

Kerana dalam hidup kita, ‘asal aku bahagia’ menjadi prinsip utama..dan pada kita, cukuplah ‘aku sembahyang lima waktu, mentaati apa yang patut dan aku tidak membuat dosa’ menjadi pegangan hidup.

Tetapi kita lupa, setiap hari lima waktu kita bersumpah ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untukMu Tuhanku’..untuk siapa hidup ini? Dan Islam yang makin lesu itu, milik siapa? Dan siapa yang mengajar kita bersumpah seperti itu kalau bukan Islam yang kita agungi.

Dan hari ini, andai terbit kesedaran dalam hati..bangunlah insan, Islam yang kita anuti sudah makin hilang maruahnya. Dan ia menagih sumbangan dan sokongan kita semua, setelah sejauh ini perjalanan usia apakah sumbangan yang mampu kita berikan..zikir dan ibadah semua itu hanyalah untuk kita, tetapi untuk agama? bangkitlah tegakkan syiar Islam..tebarkan sayap dakwah mu..jangan gerun jangan gentar..Allah bersama kita...

“Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 org pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu...Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu.." Abu al-A'la al Maudud

No comments:

Post a Comment