Allah berfirman yang bermaksud :
“ pertolongan yang
dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu
keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang
pada malam (silih berganti) dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar
lagi Maha Melihat.” (surah al-Hajj 61)
Sebagai hamba Allah, manusia sememangnya lemah dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Kerana sifat itu jugalah, mereka sering
dianiaya dan hak mereka dicabuli. Memang lumrah kehidupan siapa yang kuat dan
berkuasa akan disanjung dan dirhormati. Sementara mereka yang lemah pula akan
ditindas dan dizalimi. Oleh itu, mereka harus besabar di atas dugaan yang
menimpa dengan mengharapkan pertolongan Allah. Berdoa dan bertawakal kepada
Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sama seperti
berkuasanya Allah menguasai peraturan alam ini. Dia menciptakan malam dan siang
silih berganti. Begitu juga pertukaran musim-musim. Kekusaan- Nya sungguh mengagumkan
dengan tidak pernah mungkir atau terlewat. Janji Allah itu pasti berlaku.
Iringilah kesabaran dengan keyakinan serta usaha…usaha untuk
membela hak…kerna kita punya usaha Allah punya kuasa..do the best and let Allah
do the rest.. :’)