Ya Allah… Bumi telah Kau hamparkan untuk sebuah tujuan, bahkan setiap
gerak dari alam-Mu merupakan ayat yang berbicara tentang sesuatu,
kepolosan jiwa ini mempunyai asa dalam damba untk memahami bisikan
lembut alam-Mu yang telah senandungkan tentang apa dan bagaimana maksud
tujuannya.
Ya Allah… Kau titipkan padaku sebuah penglihatan, namun aku tak mampu menjaga dan menggunakannya tanpa hidayah-Mu,
kumelihat kedepan sebagaimana orang-orang sebelumku, kutatap apa yang
telah tercipta, dan semua berkata tentang “Engkau” tapi mengapa aku
khianati mataku akan semua itu…
Ya Allah… pendengaran ini
merupakan titipan-Mu, banyak hal telah diperdengarkan oleh lintasan
sejarah yang senantiasa beritakan apa yang telah terjadi, dan semua
irama alam-Mu bercerita tentang “Engkau” tapi mengapa aku tuli dari
kisah yang menunjukkan keabadian di sisi-Mu…
Oh.. inikah
keegoisan dan kebongkakan hati yang kerap kali khianati mutiara Ilahi
dalam hatiku? Aku dan manusia umumnya tidak berbeza, akan menemuai akhir
dari kehidupan yang fana, aku sedar dan semua orangpun sedar hari itu
kan datang, tapi mengapa masih berlalu waktu dan hari tanpa persiapan?
Astaghfirullah al-Adziim, aku, kau dan manusia lainnya akan berkata di
hari itu “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan ku sampai waktu
yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk
orang-orang yang saleh?” (Al-munaafiqun: 10)
ku buka mata..ku buka hati.. melihat kehidupan dari pelbagai perspektif.. agar ku megerti erti kehidupan yang sebenar....
Sunday 17 February 2013
andai islam mampu bersuara
Andai
Islam mampu bersuara.. pasti sumpahannya adalah pada kita, ummat yang
tak pernah ada kesedaran..mereka musuh di luar sana bukanlah hebat
kerana mereka kuat, tetapi mereka kuat kerana kita yang pengecut..mereka
kuat kerana kita bersikap tidak endah, mereka kuat kerana sikap kita
yang makin hilang maruah..semakin lemah...dan semakin jauh dari ajaran sebenar Islam..
Kerana dalam hidup kita, ‘asal aku bahagia’ menjadi prinsip utama..dan pada kita, cukuplah ‘aku sembahyang lima waktu, mentaati apa yang patut dan aku tidak membuat dosa’ menjadi pegangan hidup.
Tetapi kita lupa, setiap hari lima waktu kita bersumpah ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untukMu Tuhanku’..untuk siapa hidup ini? Dan Islam yang makin lesu itu, milik siapa? Dan siapa yang mengajar kita bersumpah seperti itu kalau bukan Islam yang kita agungi.
Dan hari ini, andai terbit kesedaran dalam hati..bangunlah insan, Islam yang kita anuti sudah makin hilang maruahnya. Dan ia menagih sumbangan dan sokongan kita semua, setelah sejauh ini perjalanan usia apakah sumbangan yang mampu kita berikan..zikir dan ibadah semua itu hanyalah untuk kita, tetapi untuk agama? bangkitlah tegakkan syiar Islam..tebarkan sayap dakwah mu..jangan gerun jangan gentar..Allah bersama kita...
“Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 org pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu...Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu.." Abu al-A'la al Maudud

selagi punya waktu...
Masa demi masa terus berlalu..
Sudah terlalu jauh kaki ini melangkah..
Meniti Liku-liku kehidupan..
Kini saatnya mencermin diri..
Berlalu dari segala keburukan..
Menuju kepada kebaikan..
hidup di dunia hanya sementara....
Kini saatnya untuk membuka pintu hati..
Kembali kepada fitrah kejadiaan..
Dengan memperbanyak ibadah..
untuk menggapai tingkatan taqwa..
Darjat tertinggi disisi Khalik..
Semoga Allah selalu membimbing kita..
Dan memasukkan kita dalam surga-Nya..
Amiin..
Sudah terlalu jauh kaki ini melangkah..
Meniti Liku-liku kehidupan..
Kini saatnya mencermin diri..
Berlalu dari segala keburukan..
Menuju kepada kebaikan..
hidup di dunia hanya sementara....
Kini saatnya untuk membuka pintu hati..
Kembali kepada fitrah kejadiaan..
Dengan memperbanyak ibadah..
untuk menggapai tingkatan taqwa..
Darjat tertinggi disisi Khalik..
Semoga Allah selalu membimbing kita..
Dan memasukkan kita dalam surga-Nya..
Amiin..
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(Al-Asr)
Subscribe to:
Posts (Atom)