Jangan sekali-kali kita meremehkan
sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita
adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai
muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat
di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Hati yg terluka umpama besi bengkok
walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi
dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati
yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap kosong
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu
jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur
yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan
terkena asapnya.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa
tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum
bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat
kayu api.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.
jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi
.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya
jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa.
“ Penglihatan itu sebagai panah iblis
yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan
menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar
Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu
adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan
terpuji."
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah
ia sebelum cair"
"Kata-kata itu sebenarnya tidak
mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu
kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
"Hidup tidak boleh berpandukan
perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama
harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan
derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg
hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
"Berfikir
secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
"Hiduplah seperti lilin menerangi
orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang
lain."
"Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati
itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang
yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah
dicari"
"Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan
kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."
"Lidahmu adalah bentengmu, jika
engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia
tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan
sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang
kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang
kita berikan padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang
tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke
pada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan
yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk
melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil
kecemerlangan."