Pages

Saturday 20 October 2012

dengarkanlah wahai hati



Wahai hati,
Allah Maha Adil lagi Maha pemurah,
Tidak di biar hamba-Nya tanpa arah,
Di hadiahkan-Nya Al-Quran dan As-Sunnah,
Supaya kita tidak hilang arah,

Wahai hati,
Janganlah kau menipu diri lagi,
Dengan bertangguh dan beralasan lagi,
Memberi alasan menipu diri,
Jika benar yakin mu adalah pasti,

Wahai hati,
  Ingatkanlah diri tentang penghujung nanti,
Adakah Jannah atau Neraka menanti,
Menyatakan ini semuanya tidak pasti,
Untuk alasan menangguhkan ketaatan memuaskan diri,

Wahai hati,
Allah Maha Adil dan menepati janji,
Di tunjuk-Nya jalan untuk menghampiri,
Bukan-Nya zalim membiarkan kita sesat mencari,
Memang keputusan mutlak adalah hanya-Nya yang memiliki,
Tetapi bukan alasan untuk kita menipu diri.

Wahai hati,
dengarkanlah bicaraku ini,
bahawa mati itu pasti,
maka pulanglah kejalan Ilahi,
impikanlah pengakhiran yang diredhai
sebelum bicara terhenti dan hati mati..

            

No comments:

Post a Comment